Semaian keratan Tin - Kaedah Yang Perlu Anda Ketahui


Jika anda mahu mengetahui selok-belok mengenai tanaman pokok tin, eloklah mencuba kaedah keratan batang.

Semaian secara keratan adalah kaedah yang paling popular bagi kebanyakkan pengusaha tanaman tin berdasarkan faktor-faktor berikut:

1. Kelebihan
  • Harga keratan yang jauh lebih murah berbanding anak pokok. Harga boleh didapati sekitar RM5 - RM20 dan lebih bergantung kepada variety. 
  • Jumlah keratan yang boleh diperolehi atau diperolehi secara banyak terutama di musim dibuat pangkasan (prunning)
2. Kekurangan
  • Memerlukan kefahaman yang mendalam termasuk mengetahui kaedah penyediaan dan penjagaan semaian keratan
  • Peratusan untuk keratan hidup bergantung kepada point di atas (kefahaman dan kemahiran)
  • Memerlukan masa yang lama untuk bina kemahiran mengusahakan semaian (try and error until success)

Bagi yang serius untuk mencuba semaian secara keratan, panduan ini saya kongsikan untuk anda. 

1. Keratan yang sihat dan subur

    Semasa dibuat pangkasan (prunning), panjang batang bergantung kepada berapa tinggi pokok tin tersebut telah membesar, penting untuk kita mengetahui bahagian mana di pangkal, di tengah dan di hujung. Kebiasaannya bahagian pangkal adalah lebih besar berbanding bahagian hujung batang. Perlu anda mengetahui anatomi pembesaran pokok tin iaitu pertumbuhan buah dan pucuk-pucuk baru akan berlaku di bahagian atas, ini bermaksud jika anda inginkan keratan yang berpotensi untuk mengeluarkan tunas daun serta akan, saya mengesyorkan anda bertanya dengan penjual bagi mengetahui keratan tersebut diambil di bahagian mana.

Cara lain untuk kita mengetahui keratan tersebut dari bahagian mana ialah melihat kepada saiz, kebiasaanya keratan yang bersaiz sebesar pen maker adalah amat baik. Anda boleh juga melihat warna pada keratan tersebut, bahagian tengah dan hujung keratan yang sihat adalah bewarna coklat kehijau-hijauan.

Pengalaman saya pernah terbeli keratan yang saiznya besar (bahagian bawah) menyebabkan hanya 2 - 3 keratan saja dari 15 keratan yang berjaya mengeluarkan pucuk dan akar, ini tidak termasuk keratan yang hidup separuh jalan kemudiannya.

2. Serangan kulat dan kelembapan

Terdapat beberapa kaedah semaian yang digunakan bagi pengusaha tin secara kecil-kecilan atau secara hobi. Kaedah yang paling popular ialah semaian keratan di dalam cawan plastik menggunakan pelbagai jenis media termasuklah cocopeat, peatmoss dan tanah hitam.

Pada pembacaan saya di FB mengenai komen para pemula mengusahakan tanaman tin secara keratan ialah keratan menjadi berkulat dan rosak kemudiannya. Terdapat 2 cara popular untuk menyemai keratan iaitu secara terbuka (open) dan secara serkup (tertutup).

Pada permulaan dahulu saya juga menggunakan kaedah serkup iaitu keratan ditanam didalam media yang dibasahkan kemudian ditutup dengan plastik. Keratan ini pula biasanya diletakkan di dalam kotak atau polisterin dan diletakkan di tempat yang gelap. 

Teknik ini bagi saya sangat mendatangkan kemudharatan kerana kelembabapan media kemudiannya meruap memenuhi serkup plastik menjadikan keratan lembab dan berkulat.
Sekiranya teknik serkup ini berjaya menghasilkan pengeluaran pucuk namun ada pula masalah iaitu pucuk juga boleh menjadi rosak akibat kelembapan berlebihan.

Pengalaman pertama dengan teknik serkup beberapa kali yang saya buat juga tidak menghasilkan kejayaan yang boleh memberansangkan.

Bagi saya teknik terbuka (open) adalah lebih berhasil, caranya tidak sesukar teknik sungkupan. Tiada atau kurang kelembapan bermaksud kurang kebarangkalian terkena kulat.

3. Jangkitan kulat, kelembapan dan rawatan

Masalah kelembapan merupakan cabaran utama untuk menghasilkan semaian yang boleh terus hidup ke peringkat seterusnya. Tahap kelembapan yang tinggi membantu kulat untuk tumbuh pada keratan lambat laun keratan akan menjadi rosak. 
Bagi menangani masalah ini kita boleh merawat terlebih dahulu keratan seperti berikut:
  • Basuh dan berus keratan dengan sabun (saya guna sunlight)
  • Rendam keratan dengan bancuhan racun kulat dan air semalaman
  • Keringkan keratan yang telah direndam dengan racun kulat sebelum semaian
  • Gunakan cocopeat (sabut kelapa hancur) sebagai media
  • Siram media sampai lencun
  • Biarkan semalaman keratan yang sudah disemai di dalam cawan plastik di luar kotak bagi memastikan batang keratan tidak basah.
  • Masukkan cawan semaian ke dalam kotak polisterin (buka sedikit hujung kotak bagi pengudaraan.
  • Semaian akan mula berputik atau berakar dalam masa 1 - 2 minggu.

Semoga penulisan ini membantu sidang pembaca.

Ulasan

Polisi Penting

Catatan Popular