Berminat menanam pokok tin tapi bagaimana ingin bermula


Perlu diketahui bahawa penaman pokok tin tidaklah sesuai berkonsepkan 3T (tanam, tinggal dan tuai) jika ingin menikmati hasil buahnya.
Bagi penanaman di laman rumah tidak banyak pilihan yang kita ada selain dari di dalam pasu, polibag atau sebarang bekas yang sesuai untuk pertumbuhan pokok tin. Namun ada juga rumah-rumah teres yang mempunyai sedikit kawasan tanah di laman rumah masing-masing yang kita boleh manfaatkan. Saya sendiri memanfaatkan kawasan tanah sekecil itu untuk pokok tin.

Kawasan sempit dimanfaatkan


Bagi mereka yang tinggal di perumahan di kawasan taman atau bandar dengan keluasan kawasan rumah yang terhad perlu mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk pembesaran pokok tin memandangkan spesis pokok ini semasa peringkat pengeluaran buah ianya amat memerlukan cahaya matahari yang cukup.

Eloklah kita terlebih dahulu mempelajari kaedah bagaimana untuk bermula menanam bagi memastikan pokok tersebut boleh hidup sehingga mengeluarkan buah malah dari pokok tersebut juga kita boleh menghasilkan anak-anak pokok yang baru.

Bagi pemula (beginner) terdapat dua cara untuk mengusahakan penanaman pokok tin:

1. Cara mudah dan straight forward, ini untuk mereka yang mahu memfokuskan kepada pembesaran pokok dan seterusnya pengeluaran buah.
Untuk pilihan ini anda boleh pergi ke nursery atau ladang tin dapatkan anak pokok yang sudah matang atau stable berusia 4 bulan ke atas, anda perlu  bertanya dengan penjual usia pokok tersebut. Ada juga penjual yang tidak menjual anak-anak pokok yang terlalu muda walaupun harganya murah ini kerana ianya amat mudah mati jika tidak diurus dengan cermat, bagi pemula yang masih kurang pengalaman kematian anak-anak pokok adalah perkara biasa dan pastilah amat mengecewakan.


 



2. Cara mencabar dan belajar melalui pengalaman atau try and error. Kaedah ini untuk mereka yang fokus kepada memahami selok-belok penanaman  pokok tin secara khusus untuk membiakkan pokok tin untuk dijual dari kelompok pengusaha, peminat dan pengumpul koleksi-koleksi pokok tin. Saya memilih option kedua ini kerana banyak ilmu yang saya perolehi. Bagi kaedah ini, penanaman dibuat melalui dua cara iaitu keratan batang dan tut. Teknik tanaman melalui keratan batang amat mencabar walaupun bagi yang berpengalaman. Kaedah tut lebih berkesan dan kadar survival anak pokok lebih tinggi dari kaedah semaian keratan batang.




Gunakan 1 cawan untuk 1 keratan



Contoh keratan tut sedia untuk ditanam


Diharap anda sudah dapat sedikit pengetahuan asas untuk memilih kaedah yang sesuai untuk dipilih sebelum memulakan ekplorasi tanaman pokok tin. Seterusnya saya akan tulis pula kaedah semaian keratan batang yang pernah saya buat di post akan datang.

Teringat saya semasa menghadiri kursus "7 habits of highly effective people" salah satu habit yang perlu untuk kita berjaya ialah "Begin with the end in mind". Pastikan kita ada sasaran di penghujung walaupun di pertengahannya ada cabaran dan kesukaran.


Ulasan

Catat Ulasan

Polisi Penting

Catatan Popular