Mengenai Pokok Tin


Banyak informasi mengenai pokok tin boleh didapati di carian google dan wikipedia. Di dalam penulisan ini saya cuba ringkaskan.

Perkataan tin berasal dari bahasa Arab sangat terkenal di dalam agama Islam melalui satu surah di dalam Al-Quran iaitu surah at-tin (التين). 
Di dalam bahasa Inggeris pokok tin dipanggil Fig.

Pokok tin yang ditanam untuk mendapatkan hasil buahnya ialah dari spesis common fig (ficus carica). Menurut Wikipedia


Ficus carica is an Asian species of flowering plant in the mulberry family, known as the common fig (or just the fig). It is the source of the fruit also called the fig and as such is an important crop in those areas where it is grown commercially. Native to the Middle East and western Asia, it has been sought out and cultivated since ancient times and is now widely grown throughout the world, both for its fruit and as an ornamental plant.[3][4] The species has become naturalized in scattered locations in Asia and North America.[5][6].



Hebatnya pokok tin ini kerana ia boleh beradaptasi di negara beriklim tropika seperti di Malaysia.
Di negara asalnya seperti timur tengah dan eropah atau negara yang mempunyai empat musim, pokok tin boleh berbuah di musim panas sahaja kerana ia memerlukan cahaya dan suhu panas. Di Malaysia negara beriklim tropika pokok tin bole berbuah sepanjang tahun.

Terdapat ratusan malah ada yang mengatakan ribuan jenis pokok tin terdapat di seluruh dunia, namun begitu hanya terdapat beberapa jenis sahaja yang sesuai di tanam dan berbuah di Malaysia.

Penting untuk para penanam baru untuk mengenali serba sedikit pokok tin yang hendak ditanam terlebih dahulu. Di antara faktor-faktor yang perlu diambil kira ialah jenis atau variety dan kualiti buah-buah yang akan dihasilkan sama ada berjenis biasa atau yang lebih mahal atau bangsawan.
Ada sesetengah variety pokok tin yang banyak dan rajin berbuah di antaranya biasa diusahakan di ladang komersil ialah Masui Dauphine, IBG, Brown Turkey dan Jumbo.


Dari segi geografinya terdapat beberapa buah negara di dunia yang menghasilkan buah tin untuk didagangkan dan buat masa ini negara Turki masih lagi menduduki tempat teratas dari segi pengeluaran tahunannya sebanyak 305,450 tan. 
Sumber https://www.atlasbig.com/en-us/countries-fig-production.

Tidak mustahil jika lebih ramai pengusaha tanaman tin di negara ini berjaya menghasilkan jumlah pengeluaran yang besar membolehkan Malaysia disenarai salah satu negara pengeluar buah tin satu masa nanti.

Ulasan

Polisi Penting

Catatan Popular