Latar Belakang & Pengalaman Penulis

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Selamat datang dan selamat membaca blog yang saya tulis khusus mengenai penanaman pokok tin skala kecil-kecilan atau di laman rumah dan juga info-info berkaitan dengan pokok tin yang ada di luar negara dan khususnya di Malaysia. Maklumat yang akan saya kongsikan adalah dari pengalaman dan pembacaan di FB dan carian di Google.

Saya bermula pada tahun 2019 selepas hari raya setelah mengetahui kelebihan dan khasiat buah tin. Dengan membuat sedikit pembacaan di Google, saya bermula dengan membeli anak-anak pokok tin di Nursery. Kisah tersebut saya videokan di sini.



Saya juga mengusahakan ternakan udang kara air tawar dan udang galah sebagai kajian untuk lebih memahami teknik dan selok-belok dua spesis tersebut dari segi pemakanan, pembiakan dan yang paling penting memahami kualiti air untuk sektor penternakan.

Pembaca boleh melayari Youtube Channel & Facebook untuk mendapatkan lebih info.

Bekerja di dalam sektor ICT selama hampir 20 tahun, lahir dan membesar di kampung biasa dengan kehidupan di luar bandar seperti berkebun dan mencari ikan. Pengalaman di zaman kanak-kanak mendorong saya untuk bergiat kembali dan berbakti kepada tanah.

Selamat Membaca. 

Ulasan

Polisi Penting

Catatan Popular