Lawatan ke ladang tin bukan sekadar membeli buah

Penting untuk pemula mendapatkan panduan seputar kaedah penanaman pokok tin. Rujukan berupa panduan atau tips tidak terhad kepada penulisan dan video di media sosial namun lebih baik jika boleh dapatkan panduan nasihat dari pengusaha kebun dan ladang-ladang tin. Para pengusaha ini ada kelebihan dari sudut pengalaman secara praktikal.

Para pemula boleh pergi ke ladang-ladang tin yang kebiasaanya dibuka kepada orang ramai untuk datang membeli buah dan anak-anak pokok. Ada pengusaha-pengusaha dan pekerja yang sudi untuk berbicara dan menjawab soalan-soalan dari pelawat yang datang. Soalan-soalan asas dan 'advance' boleh sahaja di jawab dek kerana pengalaman yang lama mereka ada.

Soalan-soalan seperti: 
  1. variety pokok tin
  2. variety yang rajin berbuah
  3. variety berbuah besar
  4. variety yang senang diuruskan, mungkin pemula ingin memahirkan diri dengan variety-variety yang mudah dijaga terlebih dahulu.
  5. variety yang tahan lasak seperti tahan hujan 
  6. media sesuai untuk tanaman dalam pasu atau polibag, penting untuk diketahui jenis tanah dan bahan-bahan lain yang diadun menjadi media.
  7. pembajaan dan jenis-jenis baja
  8. penjagaan pokok dari serangan penyakit

Maklumat-maklumat tersebut dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan secara teori, praktikalnya pemula harus melakukannya sendiri. Tiada jalan pantas untuk mahir.



Melawat ladang di Janda Baik - tanaman secara terbuka

Semaian anak pokok tin secara keratan batang oleh pengusaha
 

Ulasan

Polisi Penting

Catatan Popular